22 research outputs found

    ESl Lecturers’ Voices on Tell Me More

    Get PDF
    In the past, the cost of computers and courseware greatly restricted the use of computers in education. However, computers and courseware are now becoming important tools for learning in the institutions. In order to maximize the utilization of the courseware, it is important to get to know how the teachers perceive the use of the courseware in their classroom.  Therefore, this paper aims to investigate how ESL lecturers in a polytechnic in Malaysia perceive the ease of use, usefulness and suitability of a courseware named TELL ME MORE.  Data was collected via semi-structured interviews with four ESL lecturers at the polytechnic.  Findings show that ESL lecturers indicated positive perceptions on the ease of use, usefulness and suitability of the courseware.  However, it was found that the courseware is not quite suitable for the teaching and learning of writing.  Key words:  Innovative teaching; CALL; ESL; courseware; language learnin

    ESl lecturers’ voices on tell me more.

    Get PDF
    In the past, the cost of computers and courseware greatly restricted the use of computers in education. However, computers and courseware are now becoming important tools for learning in the institutions. In order to maximize the utilization of the courseware, it is important to get to know how the teachers perceive the use of the courseware in their classroom. Therefore, this paper aims to investigate how ESL lecturers in a polytechnic in Malaysia perceive the ease of use, usefulness and suitability of a courseware named TELL ME MORE. Data was collected via semi-structured interviews with four ESL lecturers at the polytechnic. Findings show that ESL lecturers indicated positive perceptions on the ease of use, usefulness and suitability of the courseware. However, it was found that the courseware is not quite suitable for the teaching and learning of writing

    Learning transfer at skill institutions' and workplace environment: A conceptual framework

    Get PDF
    Efficient human resource management and skills development are central to any organization. However, identified less than 15 to 20 percent of the knowledge and skills acquired in trainings were actually applied in workplaces. Lack of awareness and limited skills learned have caused loss of funds invested in training programs and continued to contribute to mismatches in labour issues. Thus, this conceptual paper proposes key aspects of learning transfer required in training institution based on National Occupational Skill Standards (NOSS) system and in workplace environment. A conceptual framework which is based on critical reviews of current approaches in studies of learning transfer has been devised to highlight the relationship between learning transfer and skills training for today’s workplaces. The framework is a scientifically robust framework for transfer of learning at skill institutions. This study is significant in emphasizing the need for appropriate evaluation methods that can assist practitioners at skill institutions to develop learning transfer in a more credible manner

    Tahap Pengetahuan, Penerimaan, Kesediaan dan Amalan Pengajaran Guru Pemulihan Khas Terhadap Pengajaran Terbeza

    No full text
    Pengajaran terbeza merupakan pendekatan pedagogi yang diamalkan dalam institusi pendidikan dalam menggalas masalah keterbezaan murid dari segi kognitif, kecerdasan pelbagai, minat dan gaya pembelajaran murid. Pengajaran terbeza memberi impak positif kepada tahap pencapaian murid yang berkeperluan khas dan guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaanya secara berkesan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan, penerimaan, kesediaan dan amalan pengajaran Guru Pemulihan Khas (GPK) terhadap pelaksanaan pengajaran terbeza di kelas pemulihan. Kajian kuantitatif deskriptif ini melibatkan seramai 190 orang GPK sekolah rendah dari tujuh buah daerah di Negeri Sembilan. Satu kajian rintis juga dijalankan terhadap 30 orang guru yang tidak terlibat dalam kajian sebenar bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrument kajian. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan 40 item soal selidik menunjukkan nilai yang tinggi iatu Alpha Cronbach= α= .960. Data min, kekerapan dan peratusan juga diukur berdasarkan pengukuran skala likert dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Data kajian menunjukkan keempat empat aspek yang diukur terhadap GPK masing-masing mencatatkan nilai skor min keseluruhan yang sangat tinggi iaitu tahap pengetahuan (M=4.32, SP =0 .406), tahap penerimaan guru (M=4.56, SP= 0.414), tahap kesediaan guru (M=4.09, SP= 0.511) dan amalan pengajaran guru (M=4.14, SP= 0.470). Walaupun keempat empat aspek yang dikaji min keseluruhannya tinggi, namun GPK masih menujukkan minat dan kesediaan untuk meningkatkan pengetahuan dengan menghadiri kursus, bengkel jika diberi peluang. Tambahan pula, GPK juga menghadapi pelbagai kekangan dalam melaksanakan pengajaran terbeza di kelas pemulihan seperti kekurangan sumber dan bahan mengajar serta masalah pengurusan masa

    Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti serta Hubungannya dengan Motivasi Murid SJKC Sepanjang PdPR

    No full text
    Motivasi dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya ialah penglibatan ibu bapa dan komuniti. Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC semakin mencabar dan menjadi kebimbangan ramai pihak kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak menentu akibat pandemik Covid-19. PdPR yang dilaksanakan sebagai pembelajaran alternatif bagi keberlangsungan proses pendidikian di negara kita memerlukan kerjasama, sokongan dan penglibatan ibu bapa kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau penglibatan ibu bapa dan komuniti serta hubungannya dengan motivasi murid SJKC dalam pembelajaran Bahasa Melayu sepanjang pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Seramai 197 orang murid Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Sarikei yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan ibu bapa dan komuniti sepanjang PDPR (M=3.40, SP=0.76) dan tahap motivasi murid SJKC dalam pembelajaran Bahasa Melayu sepanjang PdPR (M=3.53, SP=0.77 berada di tahap sederhana. Dapatan juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan motivasi pembelajaran Bahasa Melayu murid SJKC (r=-0.79, p=0.00). Implikasi kajian ini memberi maklum balas kepada pihak sekolah agar menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid SJKC ke arah meningkatkan motivasi dalam pembelajaran Bahasa Melayu

    Menilai Tahap Kesedaran Murid Terhadap Tenaga Boleh Diperbaharui dalam Konteks Perubahan Iklim

    No full text
    Kajian ini dilakukan dengan tujuan mengukur tahap kesedaran murid dari aspek pengetahuan, sikap dan tingkah laku terhadap sumber tenaga baharu selepas mempelajari tajuk sumber tenaga boleh baharu dalam konteks perubahan iklim di SMK Bandar Damai Perdana dan SMK Serian. Permasalahan kajian yang ketara dalam konteks ini ialah masih lagi adanya isu kurang kesedaran dalam kalangan murid terhadap sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu pengetahuan murid terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui terbatas. Dalam konteks ini sikap pelajar terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui masih terhad, oleh itu sebahagian besar penyelidikan ke atas pelajar dijalankan dengan memberi tumpuan kepada topik seperti penjimatan tenaga, kitar semula dan tenaga penjimatan. Penyelidik menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai cara untuk mendapatkan maklumat. Melalui pendekatan ini, penyelidik akan menggunakan soal selidik sebagai alat utama untuk menjawab persoalan-persoalan dalam kajian. Sampel dalam kajian ini adalah murid menengah rendah iaitu murid Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 di SMK Bandar Damai Perdana dan SMK Serian. Statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk merumuskan data yang telah diperolehi dengan jelas. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk menjelaskan data yang dikumpulkan

    Pengaruh Persekitaran Sosial Bilik Darjah Terhadap Tahap Penguasaan Kemahiran dan Motivasi Murid dalam Bahasa Melayu

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh persekitaran sosial bilik darjah terhadap tahap penguasaan kemahiran dan motivasi murid dalam pembelajaran bahasa Melayu. Responden kajian ini terdiri daripada 36 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di pedalaman Kapit, Sarawak. Data kajian tinjuan ini dianalisis menggunakan perisian The Statistical Packages for the Social Sciences versi 26.0. Kaedah analisis deskriptif digunakan bagi menunjukkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang menggunakan skala Likert lima mata. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaruh persekitaran sosial bilik darjah terhadap tahap penguasaan kemahiran dan motivasi murid dalam pembelajaran bahasa Melayu adalah tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu di sekolah rendah di pedalaman Kapit telah menggunakan persekitaran sosial bilik darjah dalam pengajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu bagi meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa dan motivasi murid di pedalaman. Kesimpulannya, semua guru Bahasa Melayu di sekolah pedalaman digalakkan untuk menjadi proaktif dalam merancang strategi pengajaran yang menerapkan persekitaran sosial dalam bilik darjah bagi meningkatkan kemahiran bahasa dan motivasi murid

    Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Serta Hubungannya dengan Motivasi Murid SJKC Sepanjang PdPR

    Full text link
    Motivasi dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya ialah penglibatan ibu bapa dan komuniti. Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC semakin mencabar dan menjadi kebimbangan ramai pihak kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak menentu akibat pandemik Covid-19. PdPR yang dilaksanakan sebagai pembelajaran alternatif bagi keberlangsungan proses pendidikian di negara kita memerlukan kerjasama, sokongan dan penglibatan ibu bapa kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau penglibatan ibu bapa dan komuniti serta hubungannya dengan motivasi murid SJKC dalam pembelajaran Bahasa Melayu sepanjang pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Seramai 197 orang murid Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Sarikei yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan ibu bapa dan komuniti sepanjang PDPR (M=3.40, SP=0.76) dan tahap motivasi murid SJKC dalam pembelajaran Bahasa Melayu sepanjang PdPR (M=3.53, SP=0.77 berada di tahap sederhana. Dapatan juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan motivasi pembelajaran Bahasa Melayu murid SJKC (r=-0.79, p=0.00). Implikasi kajian ini memberi maklum balas kepada pihak sekolah agar menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid SJKC ke arah meningkatkan motivasi dalam pembelajaran Bahasa Melayu

    Pendekatan Sosio Emosi Guru dalam PdP bagi Membantu Murid GALUS B40 Tahun 6

    No full text
    Pendekatan sosio emosi merupakan elemen yang perlu dilaksanakan dalam proses (PdP) pengajaran dan pembelajaran dan amat perlu bagi membimbing pengurusan emosi serta membentuk tingkah laku positif murid-murid. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan amalan guru berkenaan dengan pendekatan sosio emosi dalam PdP di sekolah bagi membimbing murid Gagal Lulus (GALUS). Objektif kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti korelasi antara kefahaman dan amalan pendekatan sosio emosi guru dalam PdP dengan jangkaan impak kepada murid GALUS tahun 6 di sekolah daerah Julau. Kajian ini dilaksanakan di semua sekolah rendah daerah Julau dan melibatkan seramai 205 orang responden yang terdiri daripada guru-guru. Analisis peratusan, nilai min, sisihan piawai dan nilai ‘r’ korelasi Pearson telah dijalankan untuk menjawab objektif kajian menggunakan Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman guru berkenaan dengan pendekatan sosio emosi adalah pada tahap tinggi (M=3.99, SP=0.72). Tahap amalan pendekatan sosio emosi semasa PdP guru juga pada tahap tinggi (M=3.89, SP=0.65). Hasil ujian kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif (r=0.85, p=0.00) pemboleh ubah tahap kefahaman dan amalan pendekatan sosio emosi guru dalam PdP dan jangkaan impak kepada murid GALUS. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini dapat digunakan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru-guru untuk memfokuskan pendekatan sosio emosi dalam PdP serta membantu murid-murid untuk menguruskan emosi bagi menghadapi suasana pembelajaran. Bahkan, kajian ini diharapkan memberi kesedaran kepada semua pendidik agar melaksanakan pendekatan sosio emosi bagi membantu murid yang mempunyai prestasi akademik yang tidak konsisten
    corecore